Pages

Monday 19 November 2012

ayam blackpepper daun bawang


Assalammualaikum 
salam sayang dan salam sejahtera semua..cerita percutian dilangkawi dihentikan buat seketika yer..h ehehee beri laluan dulu pada menu masakan..kalau asik cerita pasal langkawi jew nanti ada pulak yang boring kan..



hari ini keputusan UPSR keluar kan..mesti ibu bapa berdebar-debar..tak sabar nak tau result anak masing-masing...kepada adik-adik yang berjaya tahniah diucapkan..dan pada yang kurang bernasib baik..jangan kecewa ok..teruskan semangat..perjalanan masih panjang lagi..ini bukan pengakhiran dalam hidup kita..jangan risau..





semenjak balik dari bercuti nie mood nak memasak pun dah hilang..h hehee mungkin dah beberapa hari tak masak..skill memasak pun dah hilang..ha haaa..ayat yang mudah..malas la tu kan..




tapi bila perut masing-masing dah kelaparan..nak tak nak ..kita sebagai ibu kena jugak la kedapur kan..menu nie kerap zila buat dirumah..sebab masing-masing suka lauk macamnie..hubby tak berapa suka makan ikan..so lauk macamnielah menjadi kegemaran dia..

zila pulak suka meratah daun bawang tue..perrgghh memang sedap..letak lada hitam lebih-lebih..kepedasan lada hitam tue akan terasa-rasa di lidah...saya letak lada hitam yang separuh hancur..jangan letak yang serbuk nanti tak berapa sedap..resepinya saya sertakan disini juga..sebagai rujukan  diri sendiri ..


Ayam blackpaper daun bawang

bahan-bahanya 1/2 ekor ayam dibersihkan
1 sudu besar black papper - jenis kasar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
serbuk kunyit
2 sudu besar sos lada hitam
daun bawang
2 sudu besar soso tiram
sedikit garam
2 biji tomato - jika suka
1 biji bawang besar 
sedikit kicap

cara-caranya

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  2. lumurkan serbuk kunyit dan garam,perap sekejap dan goreng hingga garing.
  3. tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat,dadukan bawang besar.
  4. panaskan minyak,tumis bahan tumbuk dan bawang besar sehingga naik bau.
  5. masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,sedikit kicap dan sos lada hitam..tumis seketika.
  6. masukkan ayam,gaul rata..masuk tomato dan daun bawang..
  7. masak sehingga daun bawang sedikit layu..matikan api..
  8. sedia dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang