Pages

Wednesday 23 January 2013

terima kasih RTM - selamat pagi 1 malaysia


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..alhamdulillah bertemu lagi hari ini..terima kasih pada semua yang memberi ucapan dan doa-doa yang tak putus-putus dari teman-teman ..semoga zila dan baby selamat sehingga saat melahirkan..aminnn..

sebenarnya hari ini zila nak berkongsi berita gembira dan sedih..beberapa hari yang lepas zila dihubungi dari pihak SELAMAT PAGI 1 MALAYSIA..jemputan ke studio RTM untuk membuat demo crepe dan cookies pada 31 january pukul 8.30 pagi...alahaaiii rasa gembira tak terkata..almaklumlah kan bukan senang orang nak offer kita masuk tv kan..



rasanya peluang yang menarik dan sukar nak ditolak kan..tapi dengan perasaan sedih terpaksa jugak zila tolak..sebab kandugan zila baru masuk 6 minggu..dan keadaan zila sekarang nie pun masih tidak setabil..bila berdiri lama-lama rasa macam nak pitam pun ada..bila petang pulak rasa demam dan panas badan..agak teruk jugak sekarang nie..

oleh sebab itu zila terpaksa menolak..kalau rumah zila area KL boleh jugak kan lari sekejap..h ehhee nie JB dan KL..berjam jugak la naik kereta..
tak apalah kan..insyaalah bila ada rezeki lain kali dan  tiada aral melintang zila tak akan menolaknya..

buat SHAMINA IDRIS ..dan SELAMAT PAGI 1 MALAYSIA jutaan terima kasih akak ucapkan sebab sudi mempelawa akak ..i lap u dik :)



ok lah..rasanya panjang pulak bercakap hari nie..h ehhee..berbalik menu alam maya  pulak..alahaii nie dia menu orang malas..he hhee..sejak dah rasa tak larat nak masak nie..makan pun cincai-cincai jew..

puff yang simple nie pada sesiapa yang berkenan tak payah lah tanya resepinya..semuanya ready made ok..he hhee..pastry puff jenama KAWAN..sentiasa jadi pilihan..lepastu inti dalam tue zila guna sadin tuna yang dah siap ..bukak dan bubuh jew dalam puff tue..




design yang ala-ala berlubang-lubang tue..kes tengok kak ita buat lawooo jew..tue yang nak tunjuk skill jugak wat lobang-lobang..h ehheee..
zila tak ada alat khas..guna hujung pisau jew..buat garisan putus-putus pada kulit puff tue..lipat dua dan tekan guna garpu..sapu kuning telur pada permukaan dan tabur bijan..bakar kat oven ..sampai garing..zila suka bakar samppai garing..baru rasa puas hati..

pastu makan la bersama mushroom soup..itupun beli yg dh siap..jenama campbells tue..masak la ikut peraturan yang diberi..
alhamdulillah kenyang..
sampai disini dulu buat kali ini..jumpa lagi nanti..bye semua ^___^

Monday 21 January 2013

Alhamdulillah - syukur padamu ya Allah


Assalammualaikum salam sejahtera dan salam sayang semua..

Alhamdulillah bertemu lagi disini hari ini..isnin yang indah..wahhh tetiba pulak show pic sendiri kan kihh kihhh..bersyukur zila kehadrat ilahi ..dengan kehadiran tahun baru ini..dikurniakan kepada kami kegembiraan yang tak ternilai harganya ..
termakbul sudah doa kami..terima kasih jugak pada teman-teman yang mendokan zila supaya cepat-cepat dapat baby baru..


ini dia keputusan UPT pertama..setelah beberapa hari terlewat..zila pun amik keputusan chek..dan result yang amat mengembirakan..aaiishhh memang macam tak percaya..hubbylah orang yang paling happy ..dia memang benar-benar mengharap...


sebab rasa macam blur-blur..zila pun test lagi selepas seminggu..kali nie memang betul-betul percaya..ya Allah..rasa macam diawang-awangan..sujud syukur..setelah bertahun-tahun tak pregnant..

anak zila pun happy ..sebab tak lama lagi ada kawan..tak la dia bosan sorang-sorang ..h ehheee..

doakan semoga zila dan baby selamat hingga saat melahirkan..mungkin dalam awal bulan sept zila akan melahirkan..semoga kami mendapat baby yang sihat   dan sempurna,soleh solehah dan cerdik pandai..moga -moga baby perempuan sebab teringin betul nak dapat anak perempuan..amiinnn ya Allah..






Thursday 17 January 2013

cake in jar


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..


haii semua...bertemu kembali hari ini..mesti masing - masing baru lepas menikmati hidangan tengahari...masak apa hari ini?..bagi suri rumah mesti masak best-best kan..bagi yang bekerja nie kenalah pergi ke restoran yang berhampiran..untuk mencari sesuatu yang sedap..dan kadang-kadang tak kena dengan selera jugak..


hari ini zila pun buntu nak makan apa..tekak nie pulak rasa macam tak sedapp..entah nak makan apa pun tak tau...he hhee..ngada-ngada la tu kan..
hari ini sebenarnya tak ada menu special yang nak dikongsikan ..cake in jar nie rasanya dah dua minggu zila buat..cuma tak berkesempatan nak di sharekan diblog..


memandangkan ada lebihan kek coklat span haritu so terhasillah cake in jar nie..zila lapis dengan fresh cream dan jem respberry..zila memang penggemar tegar jem respberry..memang sedap kat tekak zila nie..tak berapa masam dan kurang manis..
kemudian zila taburkan dengan buah delima segar dan taburan coklat parut...kena makan sejuk-sejuk...waalaaweii memang sedap..he hhee




dan bercerita mengenai buah delima ...buah nie memang mempunyai banyak khasiat kan..kebanyakan bangsa cina suka menanam buah nie ..zila tak ada tanah nak tanam..alasan malas la tu kan..he hehe .. lagipun kalau zila tanam susah nak hidup.. tangan panas kot..he hhee
oklah untuk resepi kek span sama seperti yang zila pernah kongsikan disini

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
Menyingkirkan lemak berlebihan
Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
Mencegah rasa mual
Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
Mencantikkan kulit muka
Membantu memulihkan pesakit kencing manis
Berupaya menghapuskan kahak
Memberi tenaga dan mencegah keletihan
Mencegah angin ahmar bagi warga emas
Meningkatkan peredaran darah
Mencegah dan merawat kanser
Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
Membantu mengurangkan batuk dan lelah
Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous



sampai disini dulu buat kali ini..bertemu kembali nanti..salam sayang semua.. bye  .. ^__^ 

Tuesday 15 January 2013

black forest cake


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...
wahhh terasa rindu nak update dan menulis sesuatu disini..apa khabar semua?..zila macam biasa jew cuma masa amat-amat membatasi sekarang nie..bukannya tak masak..cuma masa nak update tue yang tak berkesempatan..



terima kasih pada follower baru dan kepada yang singgah dan meninggalkan komen-komen yang indah amat zila hargai..alhamdulillah hari ini diberi kesempatan ..kerja hari ini dah tak pack sangat ..bolehlah relax sikit..h ehhee
mesti zila dan banyak terlepas resepi dan info yang menarik dari blog kawan-kawan nie..wwaaa sedeyy...



ok..resepi alam maya pulak..kek hutan hitam..he hhee bila dah dimelayukan jadi pelik pulak nak sebut ..ramai yang dah buat dengan hiasan yang tersendiri..kek yang tak pernah lapuk..sentiasa diminati..dulu-dulu bila kekedai kek mesti nak beli kek nie..walaupun ada kek-kek lain yang lebih hebat..tapi di hati nie..tetap suka black forest..tak pernah jemu nak makan ..bagi zila kek nie simple ..taburan coklat yang banyak tue yang menyedapkan kek nie..

resepi kek span kali ini  zila ambil dari beloved frend rahel..yang serba boleh tue..resepi asal dari chef noraini zakaria..terima kasih atas perkongsian semua..zila sharekan resepinya disini juga ..sebagai rujukan diri..dan semoga bermunafaat untuk semua...

berjumpa lagi nanti..bye semua ^__^




Kek Span Coklat
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
          :Rahel
Bahan
200g tepung kek
200g gula kastor
110g mentega cair/minyak masak
100g air
40g serbuk koko
20g ovalette
6 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat

Cara - caranya
1.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam       mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.

3.Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.

4.Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).



Bahan Hiasan

1 liter krim putar Baker Mix (non-dairy whipping cream)
100g coklat masakan -dihiris nipis
buah ceri hitam
hirisan coklat
1 tin ceri hitam zila guna limau mandarin dalam tin
Sedikit jus oren

Cara - cara
1.Kek span coklat dihiris 4 bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kembang dan gebu. Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10''.Renjis jus oren di atas lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar & sapukan atas kek tadi.Susun buah limau mandarin di atasnya.
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Renjis jus oren & sapu krim putar pd permukaan dan tepi kek .ulang sehingga siap.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna bag piping dan bentukkan rosette di keliling kek.Hias dengan ceri hitam.




Wednesday 9 January 2013

bubur cha cha laici







Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang untuk semua..terima kasih atas komen-komen yang indah dari semua dan atas kunjungan kesini..



alhamdulillah bertemu kembali hari ini..berkongsi lagi menu alam maya..dah sarapan belum?..kalau belum kena sarapan dulu nanti perut tue krukk.krukkk tak senang pulak nak buat kerja kan..pagi nie zila tak buat sarapan special..cuma roti telur jew..cukuplah buat alas perut kan..


pernah makan cha cha laici tak?..sapa yang tak pernah tue samalah kita ..boleh geng...percubaan pertama buat cha cha laici nie..hasil skodeng dari blog kak ita yang serba boleh tue..bagi apa jew la pada kak ita tue..hasilnya memang cantik aja lah..resepi asal dari Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar yang dikongsi di RASA ogos 2012..terima kasih atas perkongsian semua..dan zila panjangkan lagi ilmu itu disini..

sebenarnya stock cha cha zila dah beli dari bulan lepas..time nak buat tue yang terdelay aja..h ehhee..almaklumlah...list resepi berbaris jew tunggu dicuba..oklah pada sesiapa nak mencuba resepi zila sertakan juga disini..
sekian dulu buat kali ini..bertemu lagi nanti..salam sayang semua..bye ^___^



Bubur Cha Cha Laici
By : Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar
Rujukan : RASA Ogos 2012
               : Azlita masam manis

100 gm cha cha
100 gm laici dalam tin
50 gm gula Melaka
25 gm gula pasir
350 ml santan
50 ml air laici
1 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa

Rebus cha cha bersama air hingga sedikit lembut
Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula pasir, gula Melaka, dan garam 
Kacau sentiasa sehingga gula larut, pastikan menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan laici dan air laici
Kacau dan biarkan mendidih seketika
Akhir sekali, tutupkan api dan sedia dihidangkan samaada ketika panas atau dingin.



Monday 7 January 2013

dried bonito - murtabak sadin cracker

Assalammualikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua...


Bersiaran kembali di hari isnin yang indah..semoga semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..semanjak dua menjak nie mood nak makan nasi macam kurang..bila sesi persekolahan dah bermula ..duty pun kembali seperti biasa..7.30 baru sampai kerumah..

dan bila dah sampai kerumah lambat.. mood nak masak nasi pun dah jadi malas..so kami biasanya masak yang simple-simple jew asal boleh mengenyangkan..



Murtabak memang dan senonim dalam masyarakat malaysia..letaklah inti apapun pasti ada penggemarnya tersendiri..biasanya jika kami ke pasar malam memang wajib beli..lepastu kami mintak ditambah telur lagi sebijik..baru rasa power sikit..h ehhee hee..


murtabak sadin cracker nie zila buat hari sabtu aritu..ramai bloger yang dah buat..dengan inti yang berbagai..mengikut citarasa masing-masing kan..terima kasih kepada pencetus idea resepi ini..disini zila olah dengan cara zila sendiri..kali ini buat versi sadin pulak..sebab dah beberapa hari lepas zila ada masak daging..so masing-masing masih rasa jemu nak makan daging..



rasanya memang sedap..dan mengenyangkan..pada sesiapa yang masih tak mencuba memang kena buat ..baru tau kesedapanya..
zila letak mayonis dan taburan bonito kering ataupun fish flakes..sebab stock nie ada kat rumah..so letak jew la..pada sesiapa yang nak beli bonito nie ada dijual di kedai barang-barang kuih..biasanya kalau kita ke kedai roti diorang tabur bonito kering nie atas bun tuna..bagi zila rasanya sedap..



anak zila kata sedap bila ditabur dried bonito tue..tapi hubby zila tak suka..dia cakap macam makan kertas..he hhee ..dia lebih suka yang ada mayonis jew..tekak masing-masing kan..oklah jom semak resepi yang mudah nie.

terima kasih pada pengunjung dan follower atas komen-komen yang indah..dan buat follower baru.. zila akan follow kamu balik yer..harap boleh tinggalkan link anda..bye semua..^__^



Dried bonito
Murtabak Sardin Cream Crackers

Bahan inti
1 tin sadin kecil 
1 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
sedikit halia - dihiris
cili kisar -ikut kepedasan yang dikehendaki
sedikit serbuk kari - 1 sudu atau lebih.
Sedikit rempah ketumbar

Cara -cara 

  • tumis cili kisar sehingga naik bau..masukkan bawang merah,halia dan putih sehingga sedikit kekuningan.
  • masuk serbuk kari dan rempah ketumbar masak seketika hingga sedikit kering.
  • masukkan sardin yang telah dihancurkan.
  • suaikan rasa dan tutup api.


Bahan lain
beberapa keping biskut kracker
1 cawan santan 
hirisan daun sup
bawang besar - didadu
telur - secukupnya

hiasan
dried bonito dan moyonis secukupnya

cara-caranya

  • sapu keliling loyang dengan minyak atau alaskan dengan aluminium foil
  • celupkan biskut kedalam santan seketika kemudian susun di loyang sehingga penuh ruang loyang.
  • ambil inti sadin dan ratakan di permukaan biskut tadi..
  • kocok sebiji telur dan campurkan sedikit daun sup dan tuang diatas lapisan sadin tadi.
  • ulangi langkah diatas sehingga inti habis.
  • tutup lapisan yang terakhir dengan lapisan telur dan lebihan santan.
  • bakar sehingga masak lebih kurang 45 minit..170c
  • angkat dan potong..sapukan moyis dipermukaan dan tabur dengan dried flakes.
  • sedia dihidang.





Friday 4 January 2013

almond sponge chocolate cake


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..

Bismillahirrahmanirrahim..pembuka bicara 2013..sihat tak semua??..semoga semuanya diberi kesihatan yang baik ditahun baru..ada azam baru tak?....bagi zila azam tahun lepas tak tercapai lagi..rasanya nak kena sambung ke tahun ini..insyallah..

mesti minggu ini masing-masing tengah bz menguruskan anak-anak terutamanya yang masih tahun 1..
jikalau dijohor rasanya lagi bz sebab 2 sesi persekolahan wajib dihadiri..sekolah agama dan sekolah kebangsaan..kekadang nampak adik-adik nie macam tak larat jew nak bawa beg sekolah sebab beg dah lebih berat dari orang yang membawanya..h ehhee..



tapi bagi zila tahun ini sama macam tahun lepas..jadual dan rutin masih sama..sesi persekolahan anak pun tak berubah..tapi biasalah kalau dah jadi ibu tanggungjawab memang berat..menguruskan anak tanpa rasa jemu..sentiasa menginginkan anak kita berjaya didunia dan diakhirat ..aminn


berbalik pada resepi pembuka tirai 2013..almond sponge chocolate cake..sebenarnya dah agak lama teringin nak makan kek chocolate..tapi nak buat alahaaii memang malas sangat...

dan bila kerajinan tue dah sampai ..zila deco simple-simple jew kek nie..hubby zila agak cerewet sikit bila makan kek..kalau tak ada cream dia kurang minat..sapu fresh cream pun tak apa asalkan ada hiasan atas kek..macam ragam betul kan..



tapi bagi zila dan anak tak cerewet sangat..kami nie sempoii jew..apa yang ada makan jer la...he hhee..sebenarnya kek nie kerap jugak zila buat..kek ini antara kek fav kami sekeluarga..sekejapan dah habis bertiga kami makan...he hhee ganas betul..zila rasa keenakan tue terletak pada badam ..rasa krukk-krukkk tu yang best..

oklah sampai disini dahulu buat kali ini..insyallah bertemu lagi nanti..resepi zila sertakan dibawah..silakan pada yang nak mencuba selamat berhujung minggu...bye semua..^__^




Almond Sponge chocolate cake

Bahan A
4 biji telur 
120g gula kastor
1 camca besar ovallate
1 camca besar mayonis original

Bahan B 
80g tepung gandum
20g serbuk koko
20g tepung jagung
1 camca teh baking powder
satukan semua bahan dan ayak

Bahan C
65g butter cair / minyak 

Cara-cara
1 - satukan semua bahan B dan ayak.
2 - satukan semua bahan A dalam mangkuk dan putar dengan mixer sampai gebu dalam 15 minit.
3 - kemudian tambah bahan B yang telah diayak tadi.dan putar hingga 2-3 minit.
4 - tambah bahan C dan putar lagi dalam 2 minit. 
5 - gris loyang alas dengan kertas minyak.
6 - panaskan oven dalam 15 minit..kemudian bakar kek 170c selama 45 minit atau sehingga kek masak.
7 - keluarkan dari oven dan terbalikkan kek selama 10 minit.
8 - bolehlah di potong dan hias ikut kretiviti masing-masing




Buttercream
2 cawan shortening
1 cawan mentega
450 gram gula icing
1/2 cawan susu segar
sedikit essen vanilla

cara-caranya
satukan shortening dan mentega pukul hingga keputihan
masukkan gula icing sedikit demi sedikit pukul lagi 
tambah essen vanilla dan masukkan susu segar sedikit-sedikit
putar lagi seketika 
siap 


Hiasan
hias mengikut kretiviti masing-masing..
1 cawan fresh cream dan mix hingga kental
1 cawan badam - disangai dan di blander kasar
potong kek kepada 4 bahagian
lapis dengan buttercream,sapu jem yang digemari..zila guna respberry kemuadian taburkan  almond
ulangi sehingga siap..last zila sapu keliling kek dengan fresh cream dan tabur badam yang sudah dikisar.

Wednesday 2 January 2013

review zila4ever di Jelita January 2013


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..
selamat pagi semua...hari ini nak berkongsi sedikit kegembiraan ..pembuka kata lembaran 2013...

terima kasih kepada penulis column Cik Norashikin M.Nor dan Majalah Jelita yang memilih blog zila4ever.blogspot.com bersama Mori Kitchen dan Dari Dapur Kecah untuk memenuhi ruang ulasan blog January ini...tahniah juga dari zila buat mori dan suhaida..


walaupun hanya review tetapi begitu bermakna bagi blog zila..semoga segala ilmu yang dikongsikan disini memberi menufaat kepada semua..terima kasih pada pengunjung dan sahabat-sahabat blogger semua..atas komen-komen yang indah ..dan untuk follower juga..i love u all..

bagi zila..column ini sangat menarik.dan telah ramai memperkenalkan blogger -blogger masakan khususnya di malaysia..dan zila keep keratan ini sebagai kenangan manis disepanjang zila berblog..

akhir kata ..selamat menyambut tahun baru 2013 untuk semua..smoga kemanisan dan kegembiraan menanti kita ditahun ini..insyallah..bye semua..^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang