Pages

Wednesday 15 June 2016

Menu berbuka 9 Ramadan

Assalammualaikum
bersua lagi malam ini..alhamdulillah diberi kesihatan yang baik ..untuk menjalani ibadah puasa kali ini..dan dapat memasak makanan utuk anak-anak.kalau mood malas dah datang kami pakat beli jew lah ye..he heee doakan zila gigih masak dan update disini yer.

ok untuk menu hari ini zila sediakan udang goreng nestum,lepas hantar anak kesekolah terus singgah kepasar..tengok lauk apa yang menarik..belilah udang dan ikan untuk esok..udang goreng nestum ni sangatlah sedap..kena makan ratah macamtu jew baru sedap..kalau dengan nasi memang tak jadi lauk.mood hari ini zila tak nak makan nasi..so buat udang nestum untuk gandingkan dengan mee.

Untuk kuih zila,hari ini rajin sangat nak buat kuih..ala bukan banyak pun 5 ketul je..sebenarnya buat cuma nak makan seorang..kuih puteri dua sebilik atau tepung bungkus..namanya cukup hebat kan..he he hee zila ambil resepi asal dari bila chah kedapur.disebabkan malas nak membungkus dengan daun pisang zila masukkan kedalam acuan kecil ..kemudian kukus..rupa macam tak lawa kan..tapi rasanya memang sedap.

Menu lain air tembikai kuning dan Paratha tuna cheese yang zila pernah kongsikan menunya disini dulu.alhamdulillah lengkap dah juadah kami puasa ke 9.sampai disini dulu jumpa lagi esok ye..bye



Udang Nestum
Bahan
20 ekor udang yang agak besar
10 helai daun kari-lebihkan jika suka
5 ulas bawang putih - dipecah-pecahkan atau tumbuk kasar/didadu
3 biji cili padi merah dihiris kasar.
3 sudu besar butter
1/2 cawan nestum - lebihkan pun boleh suaikan dengan kuantiti udang

Cara

  • Udang digaul dengan garam,panaskan minyak dan goreng udang,jangan sanpai garing angkat dan ketepikan.
  • panaskan butter,masukkan bawang puttih,lada cili dan lada yang telah dihiris.
  • masak sehingga kekuningan.tambahkan daun kari dan masak sehingga berbau wangi
  • kemudian masukkan nestum dan sedikit serbuk ayam.apabila nestum nampak sedikit garing masukkan udang.
  • Gaul rata udang dan tutup api.sedia dihidang.


Tepung puteri dua sebilik 
Bahan- inti
1 biji kelapa inti - diparut
2 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam

Caranya
Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan.
Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.
*Inti kuih  memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai.  Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun telah dicampur dengan tepung.
Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen. 

Bahan pembalut inti 
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut hitam *jika gunakan pulut putih sahajapun tak jadi masalah
Air secukupnya

Caranya
Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan  dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.

Bahan-bahan badan kuih
½ cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya (untuk membungkus kuih)

Caranya
Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
Masukkan garam dan daun pandan.
Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit  berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bintilan/ketulan tersebut akan hilang.

Cara untuk assemble kuih 
Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.  
Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.  
Buat dua biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik.  Jika kuih puteri satu asrama, letaklah berbiji-biji lagi. LOL.
Bungkus dengan kemas.
Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus,  biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.


Paratha Tuna Cheese

Roti Paratha jenama kawan/karts - secukupnya
Cheese mozarella /Slice cheese - secukupnya
Daun bawang - hiris halus- zila tambah

Bahan inti
1 tin sardin tin sederhana
2 ulas bawang putih - didadu halus
1 biji bawang Holland - didadu halus
2 biji cili merah - hiris halus
2 sudu besar lada kering kisar 
sedikit perahan lemon
Garam secukupnya

Cara membuatnya
Sadin di buang tulang dan hancurkan,tumis bawang putih,cili kisar dan cili merah hiris.
Masukkan sardin dan perahan lemon.kemudian masukkan bawang holland.Ketepikan.

Penyediaan
Tekap bulat roti paratha kemudian masukkan kedalam acuan muffin.
Masukkan inti tuna secukupnya.
Parutkan cheese mozarella/slice cheese keatasnya.Taburkan daun bawang secukupnya.
Bakar pada suhu 170c selama 20 -30 minit. atau hingga kekuningan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang