Pages

Wednesday 22 June 2016

Menu berbuka 14 Ramadan

Uittss
lambat sikit hari ini masuk sini..walaupun lambat tapi masih lagi berkesempatan disini seperti biasa..dah start buat kuih raya ke? biasalah kita orang melayu kalau tak buat kuih dalam satu atau dua jenis memang tak sah,senang cerita macam tak ada aura raya pulak.
Bagi zila kalau buat kuih raya sebenarnya sebagai satu pengalaman bagi anak-anak.dulu masa zila kecil emak rajin buat kuih bahulu dan kuih-kuih lama,rasa seronok dapat menolong emak,itu merupakan memori indah atau kenangan istimewa yang kita akan ingat sehingga kita tua.
zila terapkan juga kaedah menolong emak memasak dan membuat kuih raya pada anak-anak zila biar dia ada kenangan sendiri bila dewasa kelak.

Stop sambung cerita menu berbuka hari yang ke 14.semakin simple menu kami air tak sempat nak ambil gambar sebab cuaca mendung sangat.zila sempat sediakan mee hoon goreng tomyam dan ayam goreng.kalau yang tak pernah cuba boleh buat mee style macamni memang sedap.Tambahkanlah ayam atau udang,zila goreng bodoh je sebab udang atau sotong tak ada stock dirumah.

Untuk menu sampigan zila sediakan croissant pudding,pudding yang mudah dan ringkas sedap sebab rasa susu,nestum dan kekacang.ini merupakan dessert orang timur tengah.bagi sesiapa yang berminat nak buat silakan.ok sampai sini dulu tau in sya allah jumpa esok ye.


Pudding croissant
Bahan
4 keping croissant - dibelah dua dan bakar seketika
2cawan susu segar
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar nestum
1/2 cawan badam
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang pistachio

Caranya
Susun croissant didalam bekas.
Panaskan susu,gula dan essen vanilla.masak sehingga susu mendidih.
Tuangkan susu diatas roti croissant,taburkan nestum,kismis,badam dan kacang pistachio.sedia dihidangkan sejuk atau panas.


Mee hoon goreng tomyam


Bahan
1/2 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut dan toskan
4 biji bawang merah - dikisar  
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
3 susu besar lada kering kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 kiub tom yam
2 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut - dicarik
Garam dan sedikit gula
sayuran ikut citarasa masing-masing ye

Caranya

Panaskan sedikit minyak,tumis bahan kisar dan juga serai hingga naik bau.tambahkan sos cili,kiub tomyam dan sos tiram.
Masukkan sayuran dan daun limau purut. Kacau rata.
Masukkan  sedikit air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan mee hoon dan gaul sebati.Tutup api dan hidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang